Monday, December 13, 2010

lelaki....masih Adakah lelaki seperti ini...untuk dijadi teman di dunia ini dan di akhirat sana......




“Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang berimanYang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWTYang sentiasa haus dengan ilmuYang sentiasa dahaga dengan pahalaYang solatnya adalah maruah dirinyaYang tidak pernah takut berkata benarYang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

  • Lelaki acuan al-Quran aialah lelaki yang menjaga tuturkatanyaYang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinyaYang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinyaYang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindungYang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
  • Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanyaYang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluargaYang bakal menjaga keharmonian rumahtanggaYang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama IslamYang mengamalkan hidup penuh kesederhanaanKerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
  • Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanyaYang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAWYang boleh diajak berbincang dan berbicaraYang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya
  • Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masaMatanya kepenatan kerana kuat membacaYang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikirYang tidurnya lena dengan cahaya keimananBangun subuhnya penuh dengan kecerdasanKerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
  • Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati matiYang baginya hidup didunia adalah ladang akhiratYang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijagaMeneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
  • Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesonaDengan buaian duniaKerana dia mengimpikan SyurgaDisitulah rumah impiannyaBersama wanita acuan al-Quran”
  • http://nurjeehan.wordpress.com/2007/02/16/memahami-konsep-sedekah-ikut-syariat/

No comments:

Post a Comment